Rawatan Akar
Rawatan salur akar adalah rawatan bagi gigi yang telah mengalami kerosakan teruk akibat jangkitan kuman pada tisu pulpa (bahagian dalam) Hal ini demi memastikan gigi tersebut tidak dicabut dan dapat mengekalkan fungsi di dalam mulut.
Rawatan saluran akar dilakukan apabila pulpa yang terdiri daripada saraf dan saluran darah dalam gigi dijangkiti atau rosak. Semasa rawatan saluran akar, pulpa dikeluarkan, dan bahagian dalam gigi dibersihkan dan ditutup.
Rawatan akar harus dilakukan untuk mengekalkan gigi asal supaya tidak dicabut dan dapat berfungsi semula.

Ciri-ciri memerlukan rawatan akar:
- Gusi bengkak
- Sensitiviti pada haba atau sejuk
- Sakit yang berterusan
- Perubahan warna gigi
- Sakit apabila makan atau menyentuh gigi
- Gigi patah atau retak
- Gigi bergoyang
Kesan tidak melakukan rawatan salur akar:
- Ketidakselesaan atau kesakitan menjadi semakin teruk
- Boleh menyebabkan jangkitan atau nanah pada gigi tersebut
- Gigi mungkin terpaksa dicabut dan memerlukan penggantian