Aligners (Braces)

Clear aligners atau turut dikenali sebagai invisible aligners, merupakan diantara jenis rawatan ortodontik yang mampu merawat masalah misaligned atau crooked teeth. Menariknya adalah, orang lain mungkin tidak akan perasan apabila anda memakai clear aligner.

Ia juga boleh dikatakan tersembunyi disebabkan clear aligner gigi anda mempunyai warna yang hampir sama dengan gigi asli anda dan  sukar untuk disedari oleh orang lain. Salah satu daripada jenis clear aligners adalah invisalign.

Bagi clear aligners, setiap aligners trays dihasilkan secara berbeza mengikut individu, bergantung kepada tahap masalah struktur dan susunan gigi masing-masing. Ramai juga yang lebih memilih clear aligners berbanding braces.

Clear aligners tidak menggunakan besi, dawai atau ceramic sebaliknya menggunakan thermoplastic (tahan panas) dan polyurethane.

Proses pemasangan Clear Aligner berbeza.

  • Konsultasi dengan doktor
  • 3D OPG Xray Gigi (Lateral ceph xray)- Bagi memastikan masalah gigi
  • Rawatan – tampalan lubang jika perlu
  • 3D Printing – braces dicetak di dalam makmal dan diperkukuhkan
  • Pakai – Masukkan dalam mulut dan tekan sehingga rapat

Cara pemakaiannya berbeza dari traditional. Lebih kerap pakai, lebih cepat result. Pasang Clear Aligner 20-22 jam sehari (termasuk waktu tidur). Setiap Clear aligners dipakai 2-3 minggu sahaja.

Tujuan melakukan rawatan ortodontik ialah:

  • Lebih selesa
  • Mudah dibersihkan
  • Jernih/Lutsinar
  • Kurang menonjol
  • Tempoh pemakaian yang singkat

Jenis-jenis gigi yang boleh pakai pendakap gigi :

  • Gigi berlapis
  • Gigi jarang
  • Gigi bersilang
  • Gigitan terbuka
  • Gigitan kedalam
  • Gigi jongang
  • Gigi tumbuh tidak teratur