3. Gigi berkaries

Gigi berkaries

Karies gigi merupakan kerosakan gigi pada bahagian luar (enamel) dan bahagian terdalam (dentin) gigi. Ia boleh berlaku pada gigi kekal atau gigi susu.

Kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian karies adalah:

  • Celah – celah gigi hadapan  dan belakang
  • Kawasan gigi yang  berlapis
  • Permukaan gigi geraham

Jenis karies

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Karies dibahagian lapisan enamel- Biasanya tidak sakit – Kerosakan struktur gigi sukar dilihat dengan mata kasar.
  • Karies dibahagian lapisan enamel dan dentin – Biasanya sakit dan senggal ketika makan atau berkumur dan lubang kelihatan lebih ketara dan dalam.
  • Karies yang telah merebak ke dalam lapisan pulpa – Pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan berdenyut. Sekiranya dibiarkan sahaja infeksi boleh merebak kebahagian akar gigi. Boleh mengakibatkan gusi bernanah.
  • Karies bahagian akar

Rawatan untuk karies/gigi berlubang

Untuk karies melibatkan  lapisan enamel :-

  • Rawatan pencegahan dengan sapuan bahan fluoride
  • Tampalan mudah jika lubang agak ke atas.

Karies yang melibatkan lapisan dentin :-

  • Rawatan yang disyorkan adalah tampalan secepat mungkin.

Karies yang melibatkan bahagian pulpa :-

Gigi akan mati dan memerlukan rawatan salur akar dan tampalan seterusnya.