Gigi Berlapis

Apa itu Gigi berlapis / tidak tersusun ?

Gigi tidak tersusun atau maloklusi ialah suatu keadaan di mana gigi-gigi dalam mulut tidak tersusun dengan baik atau jongang

Faktor/Punca gigi tidak tersusun

  • Faktor keturunan
  • Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang
  • Bilangan gigi yang lebih
  • Bentuk gigi yang tidak normal
  • Gigi terhimpit kerana tidak cukup ruang (terimpak)
  • Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal
  • Tabiat buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir

 

Kesan sekiranya dibiarkan

Gigi yang tidak tersusun secara amnya tidak mendatangkan kesan yang serius.

  • Paras rupa kurang menarik
  • Oral higin yang kurang. Susah untuk membersihkan gigi yang berlapis.
  • Penyakit gusi
  • Masalah sendi rahang

Rawatan yang sesuai untuk gigi tidak bersusun ialah

  • Cabutan sebatang atau lebih gigi (tidak perlu memakai aplians ortodontik)
  • Pemakaian pendakap gigi boleh tanggal (Aligners)
  • Pemakaian pendakap gigi
  • Sebaik-baiknya rawatan ortodontik untuk masalah ini dimulakan pada peringkat awal lagi semasa tumbesaran atau perkembangan rahang mulut untuk membantu meransang pertumbuhan gigi yang normal.