Ortodontik (Braces)

Rawatan ortodontik atau sering dikenali sebagai rawatan braces ialah rawatan pergigian yang dapat membetulkan keadaan maloklusi iaitu keadaan di mana kedudukan gigi, rahang atau kombinasi kedua-duanya berada dalam posisi atau susunan yang tidak betul.  Rawatan ortodontik ini mampu menambahkan keyakinan pesakit untuk senyum.

Tujuan melakukan rawatan ortodontik ialah:

  • Berasa kurang keyakinan untuk senyum dengan gigi yang tidak tersusun dan tidak cantik.
  • Bagi menutup ruang di antara gigi.
  • Menyukarkan pembersihan gigi disebabkan oleh susunan gigi yang berlapis.
  • Bagi membolehkan prosedur rawatan gigi yang lain dapat dijalankan seperti dentur (gigi palsu), sarung gigi (Dental Crown), jambatan gigi (Bridge) dan implan gigi.
  • Dijalankan pada pesakit yang mempunyai penyakit periodontal yang terkawal, bagi memudahkan pesakit membersihkan gigi.
  • Pesakit yang mempunyai masalah rahang dan gigitan yang salah. Ini menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam pertuturan, gigitan dan pengunyahan makanan.
Sebelum dan selepas memakai braces

Rawatan ortodontik biasanya mengambil masa selama 2 – 3 tahun, bergantung kepada tahap maloklusi pesakit.

Jika anda berminat untuk melakukan rawatan braces, langkah pertama ialah anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi yang merupakan pakar ortodontik. Doktor akan memeriksa gigi dan gusi anda bagi memastikan kesihatan mulut anda adalah baik sebelum memulakan rawatan ortodontik. Kebersihan mulut yang teruk, karies yang tidak dirawat dan penyakit gusi (periodontal) akan menyukarkan rawatan ortodontik anda.

Jenis-jenis pendakap gigi (Braces)

  • Pendakap gigi konvenisonal
  • Pendakap gigi seramik
  • Pendakap gigi boleh tanggal (Invisalign) – akan datang