Dentur (Gigi Palsu)

Apa itu Gigi Palsu?

Gigi palsu adalah gigi buatan yang digunakan untuk menggantikan gigi asli yang hilang. 

Gigi palsu dibuat daripada bahan seperti akrilik atau logam dan direka bentuk serupa dengan gigi asli. Mereka membantu seseorang dalam berkumur, mengunyah makanan, dan tersenyum dengan yakin.

Kehilangan gigi boleh menyebabkan bukan sahaja terjejasnya rupa paras namun boleh mengganggu fungsi mulut kepada pesakit.

Kesan ketiadaan gigi:

Kehilangan gigi dan pengecutan batas (tulang) alveolar menyebabkan profil muka akan turut berubah, akibat dari hilangnya sokongan bibir dan penurunan ketinggian muka. Manakala kehilangan gusi dan tulang di sekeliling gigi hadapan akan menyebabkan bibir atas kelihatan leper (hilang sokongan).

Tujuan pesakit mengambil rawatan Dentur:

  • Menghindari dari sebarang penyakit mulut
  • Mengekalkan kesihatan dan hubungan antara gigi dan struktur mulut yang lain.
  • Mengembalikan fungsi oral termasuk keselesaan, estetik yang memuaskan dan fungsi pertuturan yang baik.

Pesakit perlu jelas dengan risiko untuk pemakaian dentur antaranya ialah gigitan yang tidak seimbang semasa memakai dentur boleh menyebabkan dentur tidak stabil (terjongket) dan boleh melukakan gusi dan tisu lembut lain. Selain itu, pemakaian dentur separuh akan menyebabkan gigi terdedah kepada pembentukan karies disebabkan oleh lekatan sisa makanan dan pengumpulan plak.

Dentur mempunyai dua bentuk iaitu sama ada pesakit boleh memakai gigi palsu separa atau penuh berdasarkan kondisi gigi yang ingin diganti.

Gigi palsu separa
Gigi palsu penuh
  • Gigi palsu separa : Digunakan untuk menggantikan beberapa gigi yang hilang. Gigi palsu separa dapat dibuka dan ditanggalkan jika diperlukan
  • Gigi palsu penuh : Digunakan untuk menggantikan seluruh set gigi yang hilang

Jenis-jenis gigi palsu yang ada di klinik :

Apa perbezaan antara bahan akrilik dan valpalst?

  • Akrilik – Gigi palsu dibuat daripada bahan seperti akrilik atau logam dan direka bentuk serupa dengan gigi asli.
  • Valplast – Valplast diperbuat daripada bahan nylon, menjadikannya lebih melentur berbanding gigi palsu akrilik. Bahan ini lebih selesa dan tahan lama, dan memberikan padanan yang lebih baik bagi pemakai