Tampalan gigi (Filling)

Tampalan gigi atau ‘dental filling’ adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang.

Bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti tampalan Composite dan Glass Lonomer Cement. Biasanya klinik gigi akan menggunakan komposit kerana ia mempunyai warna yang sama seperti gigi asal.

Doktor membersihkan lubang sebelum melakukan tampalan

Tujuan rawatan tampalan dilakukan adalah untuk:

  • Menutup ruang gigi dan mengelakkan lubang gigi menjadi lebih besar
  • Membantu menguatkan fungsi gigi
  • Mengurangkan sensitif dan sakit gigi
  • Mengelakkan daripada jangkitan kuman
Sebelum dan selepas rawatan

Tanda-tanda anda memerlukan rawatan tampalan:

  • Rasa sakit yang mencucuk-cucuk atau berdenyut-denyut
  • Sakit gigi ketika menggigit atau mengunyah makanan
  • Rasa gigi sensitif (sengal) terutamanya ketika minum air sejuk atau makan makanan manis
  • Dapat merasakan ada lubang di permukaan gigi
  • Tersangkut makanan dalam lubang atau diantara gigi
  • Apabila tampalan gigi sedia ada mulai retak atau pecah