Gigi Geraham Bongsu
Gigi geraham bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tidak teratur dibahagian belakang, atas dan bawah rahang. Gigi ini juga merupakan set gigi terakhir yang secara umumnya keluar apabila individu mencapai umur akhir remaja atau awal 20-an.
Gigi geraham bongsu yang tidak teratur muncul dengan pelbagai cara, bermula daripada melintang, sudut melawan atau jauh daripada gigi geraham kedua atau membesar kedalam atau keluar.
Kedudukan tidak teratur ini menyebabkan masalah gigi yang serius seperti gigi terlalu rapat, atau merosakkan gigi berhampiran, saraf atau keseluruhan tulang rahang.

Jika gigi geraham bongsu ini keluar ditempat yang betul, ia tidak akan memberi sebarang masalah.
Akan tetapi, anda mungkin mempunyai masalah sekiranya berlaku perkara berikut:
- Satu lapisan gusi membesar diatas gigi geraham anda, memerangkap makanan dan menyebabkan jangkitan.
- Gigi geraham bongsu tersebut tumbuh dalam keadaan senget dan berhadapan dengan arah yang salah.
- Gigi bongsu itu tidak boleh keluar daripada gusi kerana tulang rahang yang kecil.
- Anda sukar untuk membersihkan gigi dibahagian belakang mulut.
- Cyst terbentuk pada impaksi gigi, dan merosakkan tulang dan akarnya.


Bagaimana cara rawatannya?
Sebelum gigi anda dicabut, kebanyakan doktor gigi akan memberi pelbagai bentuk hiburan untuk anda berasa tenang seperti mendengar muzik atau menonton video.
Anda juga boleh membawa kawan atau ahli keluarga untuk memberi sokongan personal.
Mereka juga akan memaklumkan kepada anda beberapa teknik untuk menenangkan diri seperti menarik nafas dalam dan berimaginasi.
Jika anda terlalu gelisah, anda mungkin perlu memohon ubatan tambahan atau teknik penenang.

Gigi bongsu terimpak ini adalah punca kesakitan atau masalah gigi yang lain dan kebiasaannya perlu dibuang secara pembedahan.
Cabutan gigi bongsu ini biasanya diperlukan untuk:
- Jangkitan atau masalah gusi (penyakit periodontal) yan melibatkan gigi bongsu
- Pereputan gigi terutamanya gigi bongsu yang tidak tumbuh scera keseluruhan
- Cyst atau ketumbuhan yang melibatkan gigi bongsu.
- Gigi bongsu yang menyebabkan kerosakan pada gigi berhampiran.