Venir
Venir ialah rawatan pergigian kosmetik yang memberikan senyuman yang lebih baik dan kelihatan semula jadi untuk anda. Ia adalah cangkerang berwarna gigi nipis yang sesuai pada bahagian hadapan gigi untuk memperbaiki penampilan gigi anda dan mengelakkannya daripada rosak.
Venir adalah kepingan nipis bahan restorasi yang dilekatkan pada permukaan hadapan gigi untuk menghasilkan semula rupa gigi asli, di samping memberikan kekuatan dan ketahanan yang setanding dengan enamel gigi asli.

Terdapat dua jenis bahan pergigian yang digunakan untuk membuat venir, iaitu bahan tampalan komposit dan porselin pergigian. Venir komposit dibuat secara terus kepada permukaan gigi di klinik, sementara venir porselin dibuat di makmal pergigian.
Rawatan venir sesuai untuk mengatasi masalah:
- Gigi yang terserpih atau retak
- Perubahan warna gigi yang minima
- Ada ruang di antara gigi
- Bentuk gigi dan saiz gigi yang tidak seragam
- Kedudukan gigi yang sedikit tidak teratur
- Enamel gigi yang haus
- Saiz gigi yang kecil
Kes: Perubahan warna pada gigi

Kelebihan
- Prosedur venir memerlukan pengurangan sebanyak 0.5 mm lapisan enamel diperlukan dan prosedur ini tidak memerlukan sebarang penggunaan ubat bius setempat.
- Venir porselin diperbuat daripada bahan seramik yang bersifat seperti kaca dan ia kelihatan seakan-akan gigi asli.
Kekurangan
- Risiko gigi yang dipasang dengan venir boleh kelihatan agak besar jika pengurangan lapisan enamel tidak mencukupi semasa penyediaan gigi atau berlakunya keterlebihan simen atau porselin
- Risiko sensitiviti selepas rawatan dan kematian tisu pulpa boleh berlaku jika penyediaan gigi terlalu dalam pada lapisan dentin.
- Kelebihan simen atau porselin boleh berlaku jika perapian tidak disempurnakan oleh doktor pergigian
- Venir boleh tertanggal jika ia tidak disimenkan dengan betul atau jika venir dipadankan pada lapisan dentin
- Harga yang mahal
Penjagaan selepas rawatan
- Memberus gigi dua kali sehari dan memflos gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
- Elakkan daripada menggigit benda-benda keras dengan gigi yang mempunyai venir.
