Dental Crown

Gigi sarung atau dipanggil “crown” adalah sarung atau “cap” berbentuk gigi asal yang diletakkan pada gigi bagi melitupi permukaan gigi.

Ia bertujuan untuk mengembalikan rupa bentuk asal gigi dan menguatkan struktur gigi. Gigi yang baru sahaja membuat rawatan akar juga sangat digalakkan memakai crown.

Rawatan Dental Crown sesuai untuk memperbaiki masalah:

  • Gigi yang mempunyai karies atau lubang yang terlalu besar
  • Tampalan pada gigi sangat kerap tercabut atau patah
  • Gigi yang baru sahaja menerima rawatan akar
  • Gigi patah akibat daripada kemalangan
  • Memperbaiki rupa gigi dan senyuman
Dental Crown

Mafaat untuk pasang gigi crown seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, pemasangan mahkota gigi adalah untuk individu memperbaiki bentuk dan fungsi gigi yang rosak akibat faktor risiko tertentu.

Selain itu juga, individu yang mungkin tidak ada masalah gigi rosak tetapi gigi buruk turut boleh gunakan rawatan ini. Cuma, ia akan jatuh ke dalam kategori rawatan kosmetik.

Berikut adalah senarai masalah gigi yang mungkin boleh selesai dengan pemasangan alat ini:

  • Mengembalikan gigi rosak
  • Menyatukan gigi retak
  • Melindungi gigi berlubang
  • Menutupi implan gigi yang ditanam
  • Menutupi warna gigi yang berubah seperti kuning atau hitam