Karang gigi
Karang atau kalkulus gigi ialah mendapan keras putih/kuning yang terkumpul (plak) pada gigi setelah dibiarkan terlalu lama dan tidak dibersihkan. Karang gigi tidak boleh ditanggalkan dengan rutin memberus gigi. Plak gigi ini terbentuk daripada sisa makanan yang tertinggal di mulut.
Punca karang gigi boleh berlaku?
- Kebersihan gigi dan mulut yang kurang terjaga seperti jarang floss gigi dan tidak memberus gigi dengan betul terutamanya pada celah-celah gigi.
- Sering mengambil makanan atau minuman yang banyak mengandung gula.
- Tabiat gaya hidup merokok dan mengambil minuman beralkohol
- Mulut kering (contoh: kesan sampingan dari ubat-ubatan atau masalah penyakit seperti tiroid)
Kesan sekiranya dibiarkan
- Penyakit gusi (periodontium) – pengumpulan plak akan menyebabkan gusi mengalami keradangan dan jangkitan.
Pada peringkat awal penyakit gusi (gingivitis), hanya tanda-tanda seperti kemerahan, sedikit kebengkakan dan perdarahan dikesan, ia jarang sekali menyebabkan kesakitan. Walau bagaimanapun jika tidak dirawat, gingivitis boleh menjadi penyakit gusi yang lebih teruk (periodontitis), yang menyebabkan kerosakan gusi dan tulang penyokong gigi. Akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan gigi.
Jangkitan dan keradangan gusi tersebut boleh menyebabkan penyakit-penyakit badan yang lain seperti angina ahmar, jangkitan paru-paru, komplikasi diabetes dan sebagainya. Ini adalah kerana gusi adalah sebahagian dari badan yang apa yang berlaku padanya, boleh merebak ke dalam badan seseorang itu.
- Kerosakan gigi (karies gigi) – ianya adalah kerosakan setempat struktur gigi disebabkan oleh asid yang terhasil dari huraian (breakdown) gula oleh bakteria. Kaviti (lubang) akan terbentuk pada gigi.
- Nafas berbau (halitosis) – kewujudan plak pada gigi, lidah dan permukaan dalam mulut yang lain boleh menghasilkan bahan toksik yang mengeluarkan bau busuk, terutamanya apabila ia bercampur dengan makanan yang lekat dicelah gigi atau dalam kaviti (karies) gigi.
Rawatan yang sesuai untuk karang gigi
- Penskaleran dan penggilapan/Cuci gigi (Scaling & Polishing)