Pemutihan gigi (Whitening)
Proses pemutihan gigi atau whitening tidak akan menghakis permukaan gigi tetapi doktor akan memelihara permukaan gigi pesakit.
Proses ini menggunakan penggunaan bahan kimia yang selamat seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide untuk melindungi gusi. Sebelum meletakkan bahan tersebut, doktor akan membuang karang pada celah gigi menggunakan teknik scaling.

Seterusnya, cahaya lampu akan dihalakan pada gigi pesakit untuk mengaktifkan bahan tadi dan proses ini akan diulang sehingga dalam 3/4 kitaran untuk memutihkan gigi pesakit.
Hasil daripada proses pemutihan ini bergantung kepada kepekatan bahan aktif yang digunakan, kemampuan bahan aktif itu menembusi gigi, dan masa dan berapa kali proses itu diulang. Teknik ini lebih murah berbanding sarung gigi, crown, tetapi ia hanya mampu bertahan kira-kira 6 ke 12 bulan.

Rawatan pemutihan ini sesuai pesakit yang mempunyai:
- Fluorosis (kesan sampingan terlalu banyak fluorida)
- Staining (disebabkan merokok, faktor pemakanan/minuman (teh, kopi))
- Gigi yang bertukar warna setelah rawatan akar
- Tetracycline staining (gigi bertukar warna setelah mengambil antibiotik tetracycline)
Namun begitu, pesakit harus berbincang dengan doktor gigi tentang kesesuaian gigi untuk membuat rawatan ini beserta kebaikan dan juga kesan sampingan untuk rawatan whitening