Implan Gigi

Implan merupakan antara rawatan yang boleh dilakukan untuk mengganti gigi yang hilang akibat pereputan atau kecederaan. Implan juga adalah penggantian kekal yang boleh memberi rupa dan rasa gigi yang sebenar.

Bagaimana rawatan ini dibuat?

Rawatan ini melibatkan pembedahan kecil di mana ia dibuat dengan memotong tisu gusi pada gigi yang telah hilang.

Tulang rahang pada bahagian tersebut kemudiannya digerudi untuk ditanam implan kedalamnya sebelum gusi dijahit. Namun rawatan ini tidak menyakitkan kerana ia dilakukan dengan menggunakan bius setempat.

Apakah kelebihan rawatan ini?

  • Memberikan rupa dan rasa seperti gigi biasa dan anda akan merasa sangat selesa selepas membuat implan gigi.
  • Memudahkan pesakit untuk makan dan bercakap. Ia juga tidak longgar seperti gigi palsu. Implan pergigian juga memberi manfaat kepada kesihatan mulut kerana ia tidak perlu disambung dengan gigi lain seperti Dental Bridge.