Cabutan Gigi

Cabutan gigi ialah prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang.

Prosedur ini biasanya dilakukan oleh doktor gigi atau pakar pergigian seperti pakar bedah mulut atau periodontist.

Bilangan gigi yang perlu dicabut bergantung pada keadaan gigi anda.

Prosedur cabutan sedang dilakukan

Kenapa Gigi Perlu Dicabut?

Cabutan gigi biasanya dilakukan apabila gigi yang telah rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi. Ada juga kes yang berkaitan dengan patologi ataupun penyakit gigi yang menyebabkan cabutan gigi perlu dijalankan.

Selain daripada kerosakan gigi dan penyakit gigi, kadang-kadang doktor gigi akan membuat cabutan bagi membetulkan kesesakan gigi semasa memasang braces. Untuk kanak-kanak pula, cabutan gigi susu yang longgar akan mendorong pertumbuhan gigi kekal

Berikut adalah antara faktor yang menyebab gigi untuk dicabut:

  • Jangkitan gigi (abses gigi)
  • Risiko jangkitan gigi
  • Penyakit gusi yang parah
  • Kecederaan gigi (trauma gigi)
  • Gigi terimpak
  • Gigi susu, iaitu gigi yang belum diganti oleh gigi kekal