3. Gigi Kuning

Gigi kuning

Gigi kita secara semulajadi sememangnya berwarna kekuningan. Warna kekuningan ini adalah daripada warna asal lapisan dentin yang berada di bawah lapisan enamel yang putih. Jadi tidak hairan sekiranya gigi kita kelihatan sedikit kekuningan.

Walaubagaimanapun, warna kekuningan pada gigi ini tidak boleh dipukul sama rata ke atas semua individu. Ini adalah kerana warna kekuningan di gigi boleh disebabkan faktor perbezaan genetik, pengaruh persekitaran ataupun cara hidup masing-masing.

Punca Gigi Kuning

Punca perubahan tona warna pada gigi secara umumnya diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu ekstrinsik, intrinsik ataupun faktor umur. Faktor-faktor tersebut berbeza mengikut setiap individu bergantung kepada gaya hidup, pemakanan dan tabiat

  • Plak dan karang gigi
  • Makanan dan minuman yang mempunyai pewarna seperti kopi dan teh
  • Merokok
  • Minuman berkarbonat yang asidik dan menghakis gigi
  • Masalah kesihatan yang mempengaruhi struktur enamel dan dentin
  • Bakteria dalam mulut.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan (Tetracycline dan doxycycline)
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi klorheksidin secara berlebihan
  • Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Perubahan pada struktur gigi pada usia lanjut
  • Lapisan enamel gigi semakin haus
  • Faktor keturunan

Rawatan yang sesuai untuk Gigi Kuning

  • Pemutihan gigi (Whitening)
Rawatan pemutihan gigi
  • Pemakaian “Veneer” atau sarung gigi
  • Penskaleran dan penggilapan (polishing)

Kesan sekiranya dibiarkan

Gigi yang kuning secara amnya tidak mendatangkan kesan yang serius jika ia berpunca daripada pemakanan tetapi perlu diberikan perhatian jika ia mendatangkan rasa yang tidak selesa seperti ngilu dan sakit yang berlarutan. Ini adalah tanda-tanda awal menunjukkan bahawa lapisan enamel gigi anda telah mula menipis dan memberikan tindak balas hipersensitif.