3. Gigi Patah

Gigi Patah / Retak

Punca gigi retak atau patah disebabkan oleh:

  • Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
  • Mengunyah makanan yang keras seperti ais, kekacang dan gula-gula yang agak keras.
  • Mengisar dan mengetap gigi.
  • Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
  • Tekanan pada sesuatu gigi.
  • Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
  • Permukaan / enamel gigi terdedah kepada suhu yang melampau,
  • Gigi yang rapuh atau lemah disebabkan gigi tersebut telah melalui rawatan kanal akar.
  • Mereka yang mempunyai satu gigi yang retak berkemungkinan mempunyai masalah yang sama di beberapa batang gigi yang lain pada masa yang sama atau pada masa hadapan.

Rawatan menangani gigi patah/retak:

Rawatan yang diberikan bergantung kepada tempat, arah dan keluasan gigi yang retak tersebut.

Gigi kekal yang patah boleh ditampal supaya nampak cantik semula.

Jika ia patah di paras gusi (iaitu patah akar), maka gigi tersebut mungkin perlu dicabut. Doktor gigi anda perlu mengambil radiograf (x-ray) gigi untuk menentukan prognosis dan rawatan yang terbaik.

Jikalau gigi kekal perlu dicabut, gigi palsu boleh dibuat untuk menggantikannya. Walau bagaimanapun cabutan adalah pilihan terakhir.