Connect with us
DENTABAY menyediakan kualiti perkhidmatan pergigian dan pendedahan teknik penjagaan gigi yang terbaik.
Pemeriksaan Gigi & Konsultasi
Perkara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk senyuman dan kesihatan mulut anda adalah dengan melakukan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.
Cuci Gigi (Scaling & Polishing)
Tahukah anda, karang gigi tidak boleh ditanggalkan dengan hanya memberus gigi.
Kami di Dentabay akan membantu anda membersihkan keseluruhan bahagian gigi anda, termasuk bahagian yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi anda.
Pemutihan Gigi (Teeth Whitening)
Izinkan kami mengembalikan kilauan ke dalam senyuman anda!
Rawatan pemutihan kami sangat mudah dan boleh menghilangkan warna bertahun-tahun lamanya dari gigi anda dalam satu jam rawatan.
Pendakap Gigi (Braces-Orthodontics)
Rasa tidak yakin ketika senyum? Susah nak bersihkan bahagian gigi yang berlapis?
Dentabay akan berikan rawatan terbaik yang sesuai dengan gigi anda. Nikmati perjalanan rawatan anda menuju ke gigi yang lebih cantik dan tersusun.
Sarung Gigi (Dental Crown)
Bukan hanya untuk memperbaiki penampilan gigi agar lebih cantik, mahkota gigi (Crown) mampu merawat gigi yang patah atau rosak.
Venir (Veneers)
Adakah anda sudah berpuas hati dengan senyuman anda? Rawatan venir boleh mengubah warna, bentuk dan panjang gigi anda seterusnya mengubah senyuman anda sepenuhnya!
Tampalan (Fillings)
Anda tidak perlu berasa terlalu malu untuk ke klinik jika gigi anda rosak. Kira-kira 91% orang akan menghadapi kerosakan gigi (kaviti) dalam kehidupan mereka dan memerlukan tampalan gigi.
Cabutan (Extractions)
Prosedur cabutan gigi sentiasa merupakan pilihan terakhir, tetapi kami mungkin mengesyorkan cabutan jika anda menghadapi masalah pereputan/jangkitan yang teruk, gigi yang padat, sakit teruk atau rekahan yang dalam.
Rawatan Saluran Akar (Root Canals)
Sakit gigi yang berterusan dan gusi bengkak adalah antara tanda bahawa anda mungkin memerlukan rawatan saluran akar. Rawatan akar boleh menyelamatkan gigi yang telah dijangkiti teruk dan menghalang proses kerosakan daripada berterusan.
Implan (Implant)
Implan pergigian berfungsi untuk menggantikan akar dan mereplikasi struktur gigi supaya bercantum dengan tulang disekitarnya.
Dentur
Gigi palsu ialah gigi yang dibuat untuk menggantikan gigi yang hilang. Gigi palsu boleh dibuat penuh atau separa. Ia mungkin berasa tidak selesa pada mula memakainya. Tetapi kami akan memastikan gigi palsu anda sesuai dan selesa memakainya.
Pembedahan Kecil Mulut (Minor Oral Surgery)
“Aduh… Sakit sangat!” Keadaan ini berlaku kerana kekurangan ruang di dalam mulut anda. Gigi bongsu itu tumbuh pada sudut kecil di belakang atau tersekat dan hanya muncul sebahagian. Anda harus membuat temu janji sebelum ia menjadi lebih teruk.